Sunday 28 October 2012

Majlis Perasmian Tapak Pusat Pendidikan Dan Kebajikan Darul Izzah



28 Okt 2012
Majlis Perasmian Tapak Pusat Pendidikan Dan Kebajikan Darul Izzah 

YAN : Satu lagi peristiwa bersejarah telah dicatat di Kg Perupok, Yan bagi Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah kerana berjaya melahirkan satu lagi institusi pendidikan Islam yang ke - 6 di bawah pentadbiran Lajnah Pendidikan DPPNK. Ini termasuk Maahad Tahfiz Al - Fityan, Sekolah Menengah Agama Al Baqiyatussolihat, Madrasah An-Nur, Sek. Integrasi Faizin dan SRIDU.

Ketibaan Tuan Guru Haji Salleh Musa

Ketibaan Y.B Haji Mahfuz Omar

Ketibaan Ust. Ahmad Yahya


Ketibaan Y.B Ust Nasir Zakaria


Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Tuan Guru Haji Salleh Musa, YB Dato Hj Mahfuz Omar, Ustaz Ahmad Yahaya dan YB Ustaz Firdaus Jaafar. Majlis berlangsung dengan solat sunat hajat yang dipimpin oleh Tuan Guru Hj Salleh Musa dan diteruskan lagi dengan tahlil perdana.



Tuan Guru Mengimami Solat Hajat mohon keberkatan

Memimpin bacaan tahlil

Selesai tahlil, Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Y.B Dato, Tuan Guru dan Ust Ahmad Yahya yang mewakili Dewan Pemuda PAS Kedah yang dipengerusikan oleh Y.B Ust. Nasir Zakaria. Sebelum Majlis berakhir Tuan Guru Hj Salleh melancarkan '' SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN MASJID DARUL IZZAH '' serta menurunkan tandatangan sebagai tanda perasmian tapak kepada  Pusat Pendidikan & Kebajikan Darul Izzah dan kemuncak program adalah perasmian bangunan pejabat pentadbiran oleh Y.B Haji Mahfuz. Kemudian para tetamu kehormat dibawa melawat disekitar tapak dan bangunan pejabat yang telah didirikan. 

 Y.B Ust. sebagai pengerusi majlis

Bacaan ayat suci Al-Quran oleh Ust. Fauze

Ucapan Ketua Pemuda PAS Kedah

Ucapan Tuan Guru

Ucapan Y.B Dato'


* Sekilas pandang suasana program :

Antara pimpinan yang hadir

Tuan Guru Melancarkan sumbangan 
DANA PEMBANGUNAN MASJID DARUL IZZAH

Tuan Guru menurunkan tandatangan perasamian tapak

Y.B Mahfuz membuka pintu simbolik kepada perasmian

Ust. Ahmad menyampaikan cenderahati kepada Mak Long Siah
selaku pewakaf tanah

Bacaan doa oleh Tuan Guru sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat

Y.B menurunkan tandatangan sebagai pelawat pertama disaksikan
oleh Tuan Guru

Persembahan oleh Pelajar Maahad Al-Fityan

Tetamu yang hadir

Gotong royong bersama penduduk

Pihak Darul Izzah juga menyediakan makan tengahari kepada semua tetamu yang hadir sebelum pulang.

No comments:

Post a Comment