Thursday 2 May 2013

MAJLIS PECAH TANAH ( KOMPLEKS PENDIDIKAN DARULIZZAH )



Alhamdulillah bersyukur pada Allah S.W.T
                         
Pada 8 Mac 2013 ( Jumaat ) telah disepurnakan Majlis Perasmian Pecah Tanah Pembinaan Kompleks Pendidikan Darul Izzah ( Merangkumi Masjid & Dewan Kuliah ). Program yang bermula pada puku 9 Pagi dimulai dengan Solat Hajat yang dipimpin oleh Ust. Haji Mutallib B. Maarof ( Yang Dipertua Yayasan An-Nadhah, Pulau Pinang.
Ketibaan Al Fadhil Ust.

Ketibaan YB Dato'

Solat Hajat Pimpinan Ust. Mutallib

Sebahagian muslimat yang turut mendirikan solat


Majlis kemudian diteruskan dengan acara pentas yang dipengerusikan oleh Ust. Aizat Zakaria ( Mudir MADAN ) serta ucapan dari Ust. Mohamad, Ust. Mutallib dan Y.B Haji Amiruddin Bin Hamzah ( EXCO Kerajaan Negeri Kedah ). Majlis juga diserikan dengan kehadiran Y.B ADUN Jeneri, Y.B ADUN Kuala Ketil dan S/U PAS Kedah.


Tetamu - tetamu kehormat

Ucapan perasmian

Selesai acara pentas majlis diteruskan dengan Pelancaran Jualan Air Izzah oleh Ust. Mutallib dan Gimik Pecah Tanah oleh YB Dato' Hj. Amiruddin diakhiri bacaan Doa oleh Al Fadhil Ust.

Pelancaran Jualan Air Al Izzah



Orang ramai menyaksikan Gimik Perasmian

Perasmian oleh YB Dato'


 Bacaan doa oleh Al Fadhil Ust

Majis diakhiri pada jam 12 Tengahari dengan jamuan yang disediakan oleh pihak sekolah.


Gambar - gambar menarik sempena Majlis Pecah Tanah 
KOMPLEKS PENDIDIKAN DARUL IZZAH

















Friday 21 December 2012

SUMBANGAN ANDA !!!

Pusat Pendidikan & Kebajikan Darul Izzah mengalu-alukan sumbangan ikhlas, zakat dan wakaf dari tuan/puan muslimin dan muslimat dalam membangunkan institusi ini.

Sabda Nabi S.A.W :
Apabila mati seseorang anak adam itu maka terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara iaitu : Sedekah Jariah, Ilmu Ynag bermanafaat & Anak Soleh Yang Mendoakannya.
















ROMBONGAN KE DARUL IZZAH


Pada pertengahan Ramadhan 2012 Syeikh Dr. Ali Muqbil ( Ahli Majlis Ulama' Yaman ) bersama rombongan telah melakukan ziarah ke tapak Pusat Pendidikan & Kebajikan Darul Izzah, sebelum bertolak ke Terangganu.


Ketibaan Syeikh dan rombongan

Bertanya khabar

Doa mohon keberkatan

Bergambar kenangan


Antara kandungan doa oleh :
Al Fadil Syeikh Dr. Amin Ali Muqbil
'' Ya Allah jadikan keberkatan bumi ini dalam mendaulatkan islam dan melahirkan pendakwah2
serta pejuang islam ''

- Semoga keberkatan dari ALLAH buat kita semua -


Thursday 20 December 2012

KELENDAR DARUL IZZAH 2013


KULIAH DHUHA DI DARUL IZZAH



CADANGAN PEMBANGUNAN


Pusat Pendidikan & Kebajikan Darul Izzah telah bersetuju mendirikan Kompleks Pendidikan Darul Izzah yang merangkumi Masjid dan Dewan Kuliah.

Gambaran cadangan Kompleks :

Pandangan sisi belakang

Pandangan atas

Pandangan sisi 

Pandangan depan

Pelancaran dana telah disempurnakan oleh
Tuan Guru Haji Salleh

Impian semua


Pihak Darul Izzah mengalu-alukan sumbangan, derma, wakaf dan zakat dari seluruh
lapisan masyarakat muslimin dan muslimat bagi menjayakan harapan ini.


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi :

Pejabat : 04 4470069
Muhammad Fikri : 013 5893046
Abdul Mu'min : 019 5038117

Sunday 28 October 2012

Majlis Perasmian Tapak Pusat Pendidikan Dan Kebajikan Darul Izzah



28 Okt 2012
Majlis Perasmian Tapak Pusat Pendidikan Dan Kebajikan Darul Izzah 

YAN : Satu lagi peristiwa bersejarah telah dicatat di Kg Perupok, Yan bagi Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah kerana berjaya melahirkan satu lagi institusi pendidikan Islam yang ke - 6 di bawah pentadbiran Lajnah Pendidikan DPPNK. Ini termasuk Maahad Tahfiz Al - Fityan, Sekolah Menengah Agama Al Baqiyatussolihat, Madrasah An-Nur, Sek. Integrasi Faizin dan SRIDU.

Ketibaan Tuan Guru Haji Salleh Musa

Ketibaan Y.B Haji Mahfuz Omar

Ketibaan Ust. Ahmad Yahya


Ketibaan Y.B Ust Nasir Zakaria


Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Tuan Guru Haji Salleh Musa, YB Dato Hj Mahfuz Omar, Ustaz Ahmad Yahaya dan YB Ustaz Firdaus Jaafar. Majlis berlangsung dengan solat sunat hajat yang dipimpin oleh Tuan Guru Hj Salleh Musa dan diteruskan lagi dengan tahlil perdana.



Tuan Guru Mengimami Solat Hajat mohon keberkatan

Memimpin bacaan tahlil

Selesai tahlil, Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Y.B Dato, Tuan Guru dan Ust Ahmad Yahya yang mewakili Dewan Pemuda PAS Kedah yang dipengerusikan oleh Y.B Ust. Nasir Zakaria. Sebelum Majlis berakhir Tuan Guru Hj Salleh melancarkan '' SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN MASJID DARUL IZZAH '' serta menurunkan tandatangan sebagai tanda perasmian tapak kepada  Pusat Pendidikan & Kebajikan Darul Izzah dan kemuncak program adalah perasmian bangunan pejabat pentadbiran oleh Y.B Haji Mahfuz. Kemudian para tetamu kehormat dibawa melawat disekitar tapak dan bangunan pejabat yang telah didirikan. 

 Y.B Ust. sebagai pengerusi majlis

Bacaan ayat suci Al-Quran oleh Ust. Fauze

Ucapan Ketua Pemuda PAS Kedah

Ucapan Tuan Guru

Ucapan Y.B Dato'


* Sekilas pandang suasana program :

Antara pimpinan yang hadir

Tuan Guru Melancarkan sumbangan 
DANA PEMBANGUNAN MASJID DARUL IZZAH

Tuan Guru menurunkan tandatangan perasamian tapak

Y.B Mahfuz membuka pintu simbolik kepada perasmian

Ust. Ahmad menyampaikan cenderahati kepada Mak Long Siah
selaku pewakaf tanah

Bacaan doa oleh Tuan Guru sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat

Y.B menurunkan tandatangan sebagai pelawat pertama disaksikan
oleh Tuan Guru

Persembahan oleh Pelajar Maahad Al-Fityan

Tetamu yang hadir

Gotong royong bersama penduduk

Pihak Darul Izzah juga menyediakan makan tengahari kepada semua tetamu yang hadir sebelum pulang.